Sony PlayStation sememangnya cukup terkenal dengan game-game eksklusif mereka yang membawakan pengalaman penceritaan sinematik yang mengagumkan.

Tahun 2018 sahaja, antara game hebat yang telah dikeluarkan mereka ialah seperti God of War, Detroit: Become Human dan Marvel’s Spider-Man. Semestinya, melalui kejayaan yang mereka kecapi ini, Sony tidak akan berhenti di sini sahaja.

Sony kini sedang mewujudkan satu pasukan baru yang pada masa ini sedang mencari pembangun-pembangun berbakat. Salah satu jawatan yang mereka tawarkan ialah Lead Character Artist untuk sebuah game third-person adventure yang mereka belum umumkan.

Menariknya, deskripsi yang dinyatakan untuk game yang bakal dibangunkan ialah “penceritaan sinematik untuk bab seterusnya” (the next chapter of cinematic storytelling). Walaupun Sony tidak menyatakan apakah game yang bakal dibangunkan, mereka ada menyatakan yang jawatan ini berpeluang untuk bekerja dengan mereka-mereka yang pernah membawakan kepada kita game-game seperti Uncharted, The Last of Us, Killzone, and siri-siri ikonik lain.

Di bawah penulis letakkan deskripsi tersebut (tanpa terjemahan):

“Sony PlayStation Visual Arts provides world-class content, development and services to Worldwide Studios. We offer a full-service production studio with an emphasis in art, animation, as well as previsualization, character creation, motion capture, software development, face/body scanning, tracking and solving.

We are looking for a highly talented, motivated and creative Lead Character Artist for the next chapter of cinematic story-telling. Here is your chance to be a part of the multi-award winning team responsible for the cinematic performances in premier Sony PlayStation franchises like Uncharted, The Last of Us, Killzone, and other iconic series.

Our team is always at the cutting edge of technology and partners with the industry’s best minds and companies: Naughty Dog, Santa Monica Studios, Guerrilla Games, Japan Studios, and other Sony PlayStation first-party studios. This is your opportunity to work closely with game and film industry professionals from all over the world and under one roof!”

Apakah agaknya game yang sedang berada dalam perancangan Sony ini? Pastinya ia bukan The Last of Us Part II kerana ia kini sedang rancak dibangunkan dan semakin hampir untuk pelancaran.

Yang bermain di fikiran penulis sekarang ini mungkin adalah francais Uncharted. Kita dah tahu bahawa siri Uncharted telah pun disimpulkan dengan “persaraan” Nathan Drake. Kemudian, Naughty Dog telah “menyambung” kisah tersebut — Uncharted: The Lost Legacy — dengan menggunakan protagonis wanita dari Uncharted 2, iaitu Chloe Frazer.

Mungkinkah Naughty Dog bakal mengeluarkan satu game penuh yang menggunakan Chloe. Atau mahu memperkenalkan satu watak baru dalam dunia Uncharted?

Atau adakah game yang sedang dibangunkan ini adalah Horizon Zero Dawn 2? Haa… segalanya mungkin!

JomKomen!