Berita paling menggemparkan pada hujung minggu lalu ialah tentang satu glitch yang dihantar menggunakan mesej di PlayStation Network (PSN) yang mampu merosakkan sistem PS4.
Terbaru, bercakap kepada VG247 melalui emel, Sony telah memberikan kenyataan mereka mengenai isu yang melanda ramai pemain PS4 ini.
“Kami sedar tentang situasi ini dan sedang merancang satu kemaskini sistem software untuk menyelesaikan masalah ini,” kata Sony.
Maka, buat masa sekarang, korang bolehlah lakukan langkah pencegahan awal untuk mengelakkan daripada terkena glitch ini, seperti yang telah kami terangkan di dalam artikel ini.
Lebih membimbangkan tentang situasi ini ialah apabila sesetengah pemain yang tidak bertanggungjawab telah mengeksploit glitch ini untuk memenangi game Ranked atau Competitive dalam game esports secara mudah dan percuma.
Jadi, sama-samalah kita berdoa agar pihak Sony dapat mengeluarkan solusi kepada masalah ini dengan segera agar kita tidak perlu risau lagi untuk bermain game online.
Comments
Loading…