in , ,

Sony Sedang Bikin 10 Siri TV/Filem Berdasarkan Game Eksklusif PlayStation

Sony Pictures telah mendedahkan bahawa mereka kini sedang menerbitkan tiga filem dan tujuh siri televisyen berdasarkan game-game eksklusif PlayStation.

Berita ini didedahkan oleh CEO syarikat tersebut, Tony Vinciquerra ketika bercakap kepada CNBC.

Walaupun tidak menyatakan game manakah yang sedang diadaptasi itu, Vinciquerra berkata yang beberapa divisi Sony sedang bekerjasama dengan erat untuk membikin kandungan-kandungan tersebut.

Buat masa ini, filem yang kita tahu Sony Pictures sedang terbitkan ialah adaptasi Uncharted yang dibintangi Tom Holland. Kita belum pasti sama ada tiga buah filem yang disebutkan beliau itu termasuk filem Monster Hunter yang sudah mula ditayangkan pada awal bulan ini, kerana secara teknikalnya Monster Hunter merupakan francais milik Capcom yang turut boleh dimainkan di platform lain, bukannya IP PlayStation.

Untuk siri televisyen pula, projek yang sudah diumumkan setakat ini ialah The Last of Us, iaitu terbitan bersama antara Sony dengan HBO. Selain itu, Sony juga bakal menerbitkan live-action Final Fantasy XIV, terbitan bersama Hivemind Productions yang diumumkan pada pertengahan tahun lalu.

JomBaca: Siri TV The Last of Us Diberi Lampu Hijau Oleh HBO Untuk Teruskan Produksi

Apa agaknya game lain yang bakal diadaptasi ke siri televisyen dan filem oleh Sony? Sama-sama kita nantikan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

CDPR Kata Cyberpunk 2077 Dah Terjual Sebanyak 13 Juta Unit Walaupun Dilanda Kontroversi

Populariti Among Us Bagaikan Durian Runtuh

Among Us Mengumupulkan Separuh Billion Pemain Aktif Pada November 2020