Bukan tahun ini. 

Sama ada peminat ataupun penganalisis, ada yang sudah mula bercakap-cakap tentang kemungkinan PlayStation 5 akan dikeluarkan pada tahun 2019 atau 2020. Jika benar Sony mahu melancarkan PS5 pada tahun 2019, ramai yang menjangkakan tahun 2018 ini ia akan diperkenalkan dalam acara terbesar gaming, E3.

Namun, korang tak perlu bimbang kerana daripada apa yang diumumkan dalam PlayStation Blog, Sony nampaknya tidak akan memperkenalkan PS5 semasa E3 2018. Dalam blogpost ini, Pengerusi SIE Worldwide Studios, Shawn Layden menyebutkan tentang apakah yang bakal mereka persembahkan dalam acara tahunan terbesar itu nanti, namun sebarang hardware tidak disebut, mengesahkan secara tidak langsung bahawa mereka tidak akan memperkenalkan PS5.

Dalam blogpost itu juga, Sony pada E3 tahun ini akan fokus kepada empat game utama, iaitu  Ghost of Tsushima, Death Stranding, The Last of Us: Part II, dan Marvel’s Spider-Man. Selain itu, mereka turut akan mengumumkan beberapa game daripada penerbit pihak ketiga dan pembangun indie.

Jadi, apa kata korang? Gembira Sony tidak terlalu awal mengumumkan PS5? Apa yang korang ingin lihat dari empat game utama itu nanti?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.