Sony sebelum ini sudahpun mendedahkan beberapa spesifikasi dan fungsi yang akan dibawakan ke dalam PS5 melalui beberapa temu bual bersama media. Namun, pada ketika itu, mereka hanya menggunakan istilah “konsol generasi seterusnya”, tanpa mendedahkan nama rasmi yang bakal digunakan.

Terkini, Sony secara rasminya telah mengumumkan nama rasmi konsol generasi akan datang daripada serta terus mendedahkan waktu pelancarannya. Semestinya, seperti dijangka, nama yang bakal digunakan ialah PlayStation 5, dan konsol tersebut akan dilancarkan pada musim percutian (hujung tahun) 2020.

Lebih menarik, dalam blogpost yang dikeluarkan, Sony telah memperkenalkan dua jenis inovasi teknologi baharu yang bakal ditampilkan ke dalam controller yang bakal didatangkan bersama PS5.

Pertama, mereka memperkenalkan maklumbalas haptik (haptic feedback). Teknologi ini akan menggantikan teknologi rumble yang digunakan dalam controller sebelum ini. Melalui haptik, pemain akan menerima maklumbalas yang lebih luas — maklumbalas yang diberikan oleh controller antara melanggar dinding semasa memandu dalam game perlumbaan kereta dengan membuat bentesan dalam game bola sepak tidak akan terasa sama. Malah, pemain akan merasa perbezaan semasa berlari di padang berumput atau yang berlumpur.

Kedua, mereka turut memperkenalkan adaptive triggers untuk controller, yang mana ia akan diaplikasikan kepada butang R2/L2. Pembangun game boleh membuatkan pemain merasa terdapat halangan yang sukar antara menarik anak panah semasa memanah atau menekan pedal minyak ketika sedang memandu kenderaan yang berada di atas kawasan berbatu kasar.

Melalui dua kombinasi teknologi, haptic feedback dan adaptive triggers akan memberikan para pemain satu pengalaman gaming yang lebih mengasyikkan.

Untuk membaca lebih banyak info tentang PS5 yang pernah didedahkan Sony sebelum ini, korang boleh klik sini.

JomKomen!