in , ,

Sony Sebenarnya Tiada Niat Untuk Menyambung God of War

Apa? Biar betul?

Jangan tinggal daku!

Sebelum ini, Sony tidak berasa begitu yakin dengan siri God of War selepas sambutan suam-suam kuku God of War: Ascension oleh pemain dan juga pengkritik game. Bos studio Santa Monica, Shannon Studstill berkata kepada Game Informer, “Hampir keseluruhan organisasi mahukan God of War untuk ‘direhatkan’ buat sementara waktu.”

Untuk mengembalikan siri God of War ini, semua bergantung kepada pengarah God of War II – Cory Barlog perlu membuat satu cadangan (pitch) padu yang pasti akan menangkap perhatian penerbit dan pemain. Barlog berkata, “Walaupun saya sudah berikan pitch pertama, saya masih lagi dapat soseh-soseh mengatakan ‘anda kena betul-betul yakinkan saya untuk membangunkan lagi satu game God of War'”.

Walaupun God of War dikenali ramai di Amerika Syarikat tetapi siri ini masih lagi tidak dikenali di benua Eropah. Kehadiran God of War ditolak kembali dengan game eksklusif Sony lain seperti Uncharted dan The Last of Us.

Untuk meletakkan God of War kembali ke tumpuan utama, Barlog percaya beliau harus laksanakan God of War kali ini lebih besar berbanding sebelum ini dan setanding dengan aras Uncharted dan Assassin’s Creed. “Saya mahu naikkan lagi tahap francais ini secara besar-besaran,” kata Barlog.

Tumpuan God of War baru sememangnya memberikan gameplay cukup panjang iaitu sebanyak 25-30 jam dan selain itu, menampilkan kehadiran karakter baru, anaknya Atreus. Lebih-lebih, game ini bertukar arah era kepada mitologi Nordik berbanding game sebelum ini fokus kepada Kratos membunuh dewa-dewi mitos Greek.

Barlog mengulas secara terperinci perubahan masa dan mitos God of War kepada Game Informer, “Game berasaskan mitos Greek adalah era mitos Greek kepada God of War. Seterusnya, sistem kepercayaan mitos Nordik yang Kratos bakal berinteraksi kali ini mewujudkan satu era mitos Nordik dalam God of War. Tapi, kita mungkin akan pergi ke era Mesir dan era Maya dan era lain-lain untuk masa akan datang.”

Ini bermaksud Kratos (atau mungkin protagonis lain) berpeluang untuk berinteraksi dan menjelajah mitos dan budaya lain seperti era Mesir dan era Maya jika God of War baru ini berjaya meraih kejayaan yang diingini Barlog.

God of War sudah pun memulakan promosi dengan menjadi penghias muka hadapan bagi majalah Game Informer untuk isu bulan Februari ini dan lagu tema dimainkan oleh dua pancaragam semasa pertandingan American football.

Terdapat juga tarikh pelancaran God of War tertiris tetapi tidak disahkan benar. Namun, apa yang kami boleh pastikan adalah God of War akan dilancarkan pada tahun ini khas untuk PS4.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini Senarai Game Digital Paling Banyak Dimuat-Turun Dalam PlayStation Store Pada Tahun 2017

Paladins: Battlegrounds Akan Boleh Didapati Sebelum Bulan Mac Tahun Ini Untuk Sesi Beta