in , ,

Sony Sasar Untuk Keluarkan 130 Game PlayStation VR Lagi Pada Tahun 2018

Lebih banyak pengalaman realiti maya untuk gamers PlayStation pada tahun ini!

Kepada korang yang sudah mendapatkan PlayStation VR, bersiap sedia untuk memainkan lebih banyak game VR pada tahun ini. Menurut laporan Nikkei, diterjemah oleh MP1ST, Sony menyatakan bahawa pada akhir tahun ini mereka menyasarkan meletakkan jumlah pilihan game VR dari 150 kepada 280. Atau dalam kata lain, mereka ingin mengeluarkan sebanyak 130 buah game VR lagi pada tahun 2018.

Sony merasakan yang peningkatan sebanyak 80 peratus itu adalah sesuatu yang boleh dicapai memandangkan jumlah jualan PS VR yang memberansangkan, seterusnya memudahkan lagi penerbit game untuk mewajarkan pembangunan game VR di platform itu.

Sekiranya korang terlepas, Sony sebelum ini telah mengeluarkan game VR yang paling banyak dimuat-turun di PlayStation Store. Korang boleh lihat kedudukan tersebut di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Fortnite Kini Adalah Raja Livestream Di PS4, Meninggalkan GTA V Dan CoD: WWII Jauh Di Belakang

Metronomik, Studio Yang Diketuai Wan Hazmer Dedahkan Logo Mereka Dan Maksud Di Sebaliknya