Pihak Sony telah mendedahkan satu jawapan kepada persoalan yang menjadi tanda tanya buat para gamers sejak kebelakangan ini. 

Dalam satu temubual bersama Financial Times (via Polygon), Presiden dan CEO Sony, Kenichiro Yoshida telah mengesahkan yang konsol kelima daripada PlayStation bakal tiba. Walaupun tidak menyatakan secara spesifik yang ia bakal digelar “PlayStation 5”, beliau telah mengesahkan yang mereka sedang membangunkan pengganti kepada PS4 sedia ada.

“Pada tahap ini, apa yang boleh saya katakan ialah ia merupakan keperluan untuk mempunyai hardware generasi seterusnya,” kata Yoshida.

“Kami akan menggunakan tiga tahun akan datang ini untuk menyediakan langkah seterusnya, untuk kami duduk sebentar supaya kami boleh melompat dengan lebih tinggi pada masa hadapan”

Sony merancang untuk menjalankan strategi itu dalam tahun fiskal 2020 mereka, yang mana ia bakal berakhir pada Mac 2021. Maka, kita boleh simpulkan bahawa PS5 mungkin tidak akan dilancarkan sebelum tarikh tersebut.

Sememangnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan yang Sony kini sudahpun memulakan pembangunan mereka untuk PS5. Namun, disebabkan mereka yang masih berdiam dan tidak menyatakan sebarang info rasmi tentang konsol akan datang ini membuatkan ramai yang berteka-teki.

Jadi, apa pandangan korang sekiranya benar yang Sony tidak akan mengeluarkan PS5 lebih awal dari tahun 2021? Terlalu lambat atau terlalu cepat?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.