in ,

Sony Sahkan PS5 Catat Jualan Pelancaran Terbesar Dalam Sejarah PlayStation

Ya, sebahagian besar pemain setia PlayStation di dunia masih belum berpeluang mendapatkan PS5, termasuklah kita di Malaysia ini. Di sebalik situasi kekurangan stok ini di kala pandemik melanda, Sony tetap mencatatkan jualan yang sangat memberangsangkan.

Dalam satu tweet, akaun rasmi PlayStation telah mengesahkan bahawa PS5 merupakan konsol mereka yang mencatatkan jualan ketika pelancaran yang terbesar dalam sejarah. Walau bagaimanapun, Sony tidak mendedahkan berapakan jumlah jualan yang dicapai tersebut.

Sony berterima kasih kepada para gamer yang telah membantu menjayakan rekod tertinggi ini.

Kemudian, Sony turut menyatakan bahawa permintaan yang cukup tinggi terhadap PS5 adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini, maka mereka ingin memastikan yang lebih banyak stok PS5 akan hadir pada penghujung tahun ini. Sony menyarankan agar para pemain terus berhubung dengan kedai-kedai tempatan.

PS5 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 11 Disember ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Percuma PlayStation Plus Disember 2020 – Worms Rumble, Just Cause 4, Rocket Arena

Red Dead Online Akan Dilancarkan Secara Berasingan Bermula 1 Disember