Sony telah menyertai beberapa penerbit game sebelum ini yang mengumumkan bakal menaikkan harga untuk game-game AAA keluaran mereka.
Dalam satu post baharu di PlayStation Blog, yang membincangkan lebih lanjut acara PS5 awal pagi tadi, Sony telah mendedahkan yang harga untuk game-game di PS5 keluaran SIE Worldwide Studios adalah dari USD50 hingga USD70.
Senang kata, Sony telah menaikkan harga maksimum untuk game-game mereka kepada USD70, berbeza dengan sebelum ini yang sehingga hanya USD60.
Buat masa ini, game yang akan mengenakan harga USD70 ialah Demon’s Souls, Destruction AllStars, dan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales Ultimate Edition, manakala Sackboy A Big Adventure pula USD60, dan versi standard Marvel’s Spider-Man: Miles Morales berharga USD50.
Sebagai perbandingan, harga rasmi untuk pasaran Malaysia bagi game USD60 ialah RM249. Sekiranya harga USD70 mula digunakan, kemungkinan sesebuah game AAA baharu boleh mencecah antara RM290 hingga RM300.
PS5 akan dilancarkan pada 19 November ini di Malaysia.
Comments
Loading…