in ,

Sony Sahkan Controller PS4, DualShock 4 Takkan Menyokong Game-Game PS5

Berita ini mungkin akan sedikit mengelirukan sesetengah pemain. Harus dibaca dengan teliti.

Konsol PlayStation 5 akan menyokong controller PS4, DualShock 4 (DS4), namun ia hanya untuk game-game dari PS4 yang boleh dimainkan di PS5. Untuk game-game PS5, DS4 tidak boleh digunakan.

Maksudnya di sini, Sony sebelum ini telah mengesahkan yang banyak game PS4 yang akan boleh dimainkan di konsol PS5 (backward compatibility). Untuk game-game ini, ya, kita akan boleh mainkannya di konsol PS5 menggunakan DS4.

Walau bagaimanapun, untuk game-game yang memang khas dilancarkan untuk PS5, kita tidak akan dapat mainkannya menggunakan DS4. Dalam kata lain, hanya controller PS5 sendiri, DualSense yang dibenarkan untuk bermain game-game PS5.

Dalam menjelaskan mengapa DS4 tidak dibenarkan untuk bermain game-game PS5, ini kata Sony:

“Kami yakin bahawa game-game PS5 seharusnya menggunakan kelebihan terhadap keupayaan dan fungsi baharu yang kami bawakan ke platform ini, termasuk controller wayarles DualSense.”

Seperti yang kita tahu, DualSense akan memperkenalkan bermacam teknologi baharu seperti haptic feedback — maklumbalas yang diberikan oleh controller antara melanggar dinding semasa memandu dalam game perlumbaan kereta dengan membuat bentesan dalam game bola sepak tidak akan terasa sama. Malah, pemain akan merasa perbezaan semasa berlari di padang berumput atau yang berlumpur.

Sony mengumumkan perkara ini dalam satu blogpost yang menyenaraikan apakah peralatan dan aksesori PS4 yang boleh dimainkan di PS5. Yang disenaraikan ialah:

  • Peralatan seperti racing wheels, arcade sticks, dan flight sticks akan boleh memainkan game-game PS5 dan game-game PS4 yang disokong di PS5.
  • Platinum dan Gold Wireless Headseats, serta semua headset pihak ketiga yang disambungkan menggunakan USB port atau audio jack (tapi headset companion app tidak akan ada di PS5).
  • PS Move Motion Controllers dan the PlayStation VR Aim Controller akan boleh digunakan untuk game-game PS VR yang disokong di PS5.
  • PS4 Camera akan boleh digunakan dengan kehadiran adaptor yang akan diberikan secara percuma kepada pengguna PS VR (info lanjut akan dikongsikan kemudian).

PS5 akan dilancarkan pada hujung tahun 2020, namun masih belum ada harga dan tarikh tepat pelancaran.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Seperti Dijangka, FIFA 21 Umum Kerjasama Eksklusif Bersama AC Milan Dan Inter Milan

Seperti Dijangka, FIFA 21 Umum Kerjasama Eksklusif Bersama AC Milan Dan Inter Milan

Trailer Gameplay Pertama FIFA 21 Diperlihat - Memperkenal Agile Dribbling, Creative Runs

Trailer Gameplay Pertama FIFA 21 Diperlihat – Memperkenal Agile Dribbling, Creative Runs