Semalam kami telah melaporkan bahawa laman web rasmi PS5 di beberapa buah negara Asia Tenggara termasuk Malaysia telah memadamkan tanda waktu pelancaran “hujung tahun 2020”, kemungkinan memberikan petanda bahawa mereka akan menundakan tarikh pelancaran di negara-negara ini.
Terbaharu, Sony telahpun memberikan respon kepada MP1ST terhadap pemadaman tanda tersebut. Dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui emel, Sony berkata:
“Kami boleh sahkan bahawa PS5 akan tersedia di Malaysia, Thailand, Filipina, dan Vietnam dan kami pada ketika ini sedang dalam proses persedian ke arah pelancaran. SIES [Sony Interative Entertainment Singapore] akan membuat pengumuman untuk tarikh pelancaran dan harga di Malaysia, Thailand, Filipina, dan Vietnam apabila kami telah bersedia. Sila nantikan pengumuman tempatan kami bagi pelancaran PS5 di negara masing-masing.”
Seperti yang boleh dibaca di atas, Sony nampaknya mengelak untuk menjawab sama ada pelancaran PS5 di rantau ini akan mengikut jadual pelancaran di negara luar Asia Tenggara ataupun ianya akan ditunda.
PS5 akan dilancarkan ke Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Jepun, Mexico dan Korea Selatan pada 12 November ini.
kemon sony malaysia…