in ,

Sony Rancang Henti Lancarkan Game PS4 Pada 2025, Lebih Fokus Untuk PC, Mobile

Setiap kali sesebuah generasi konsol gaming baharu dilancarkan, soalan yang sering ditanyakan adalah berapa lama konsol generasi sebelumnya akan terus disokong.

Begitulah juga ketika PS5 dilancarkan. Sony sebelum ini pernah menyatakan yang PS4 akan terus disokong dalam beberapa tahun mendatang, namun tidak pernah menyatakan secara spesifik bilakah tahun tersebut.

Terkini, dalam pembentangan kepada para pelabur, Sony telah mendedahkan yang mereka merancang untuk menghentikan pelancaran game-game PS4 pada tahun fiskal 2025 (April 2024-Mac 2025).

Dalam graf yang disediakan (via Push Square), kita dapat melihat tiga graf yang membandingkan bilangan game yang diterbitkan oleh mereka mengikut platform pada tiga tahun fiskal berbeza.

Graf pertama, iaitu tahun fiskal 2019, memaparkan 90 peratus game Sony dilancarkan untuk PS4, manakala 10 peratus lagi untuk PC.

Graf kedua pula, iaitu tahun fiskal 2022, memperlihatkan game-game mereka dibahagikan kepada 4 jenis platform, iaitu PS5, PS5+PS4, PC dan mobile.

Graf yang terakhir pula, iaitu tahun fiskal 2025, memaparkan hanya tiga platform yang mereka rancang untuk penerbitan game mereka, iaitu PS5, PC dan mobile.

Gambar rajah ini sekaligus mengesahkan bahawa Sony merancang untuk menghentikan sama sekali pelancaran game-game mereka di platfom PS4 bermula tahun fiskal 2025, dan terus memfokuskan kepada platform PS5, PC dan mobile.

Memandangkan PS5 telah dilancarkan pada penghujung tahun 2020, menyokong PS4 sehingga tahun 2024 tentunya sesuatu yang realistik dan wajar. Apa yang Sony perlu lakukan sekarang adalah meningkatkan produksi PS5 agar apabila tibanya 2025, para pemain keseluruhannya sudah bersedia untuk meninggalkan PS4, seterusnya berpindah ke PS5.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PlayStation Plus Essential, Extra & Deluxe: Boleh Langgan or Boleh Blah!?

eFootball Akan Lancarkan Mode Master League Pada 2023 Sebagai DLC Berbayar