in ,

Sony Raikan Tahun Baru Cina Dengan Pelbagai Diskaun Di Kedai Fizikal Dan PS Store

Sony Interactive Entertainment Singapore Private Limited (SIES) atau lebih dikenali sebagai PlayStation Asia telah melancarkan kempen yang agak menarik bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina — menggelarkan kempen ini “Playful New Year”.

Tawaran Di Kedai-Kedai Fizikal

Bermula sekarang hingga 21 Februari ini, para pemain boleh mendapatkan diskaun beberapa game fizikal dan DualShock 4 seperti berikut:

  • DUALSHOCK 4 (hanya beberapa warna terpilih) — RM179
  • The Last of Us Part II (disk fizikal) — RM129
  • Ghost of Tsushima (disk fizikal) — RM169
  • Final Fantasy VII Remake (disk fizikal) — RM129

Dari sekarang hingga 10 Februari pula, pemain yang membeli baucar langganan 12-bulan PlayStation Plus (RM159), akan mendapatkan 3-bulan langganan tambahan.

Tawaran-tawaran ini boleh didapati di Sony Store, kedai-kedai game tempatan yang disahkan Sony, dan beberapa kedai elektronik terkemuka.

Diskaun Di PlayStation Store (Digital)

Sama seperti kebanyakan jualan murah di PlayStation Store sebelum ini, ratusan game dan kandungan tambahan (DLC) yang menerima diskaun dalam kempen “Playful New Year” ini. Korang boleh lihatnya sendiri di pautan ini, yang mana ia membawakan diskaun sehingga 80%.

Selain itu, PS Store juga menawarkan diskaun untuk langganan PS Plus, iaitu sebanyak 25%. Dari sekarang hingga 10 Februari, langganan 12-bulan PS Plus adalah berharga RM119.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

EA Sekali Lagi Sahkan Battlefield Seterusnya Hujung Tahun Ini, Pendedahan Tidak Lama Lagi

Garena, Kodansha Umum Kerjasama – Bawa Kandungan Attack On Titan Dalam Free Fire