in , ,

Sony PlayStation Buka Divisi Baru Untuk Terbitkan Filem & Siri TV Berdasarkan Game

Bersedia untuk melihat game-game eksklusif PlayStation difilemkan… akhirnya?

Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan sebuah divisi baru di bawah mereka yang bakal membawakan filem dan siri TV berdasarkan video game — digelar PlayStation Productions. Menurut temubual pihak PlayStation Productions bersama The Hollywood Reporter, divisi ini ingin “memberikan kehidupan dunia kita dalam spektrum lain.”

PlayStation Productions akan diketuai oleh Asad Qizilbash, veteran yang sudah berkecimpung selama 11 tahun dalam kumpulan pemasaran PlayStation, dan akan dibimbing oleh Shawn Layden, pengerusi SIE Worldwide Studios. Projek-projek ini akan diedarkan oleh Sony Pictures Studios.

Syarikat produksi ini akan membangunkan dan menerbitkan projek secara dalaman terlebih dahulu, dan bukan memberikan lesen IP PlayStation kepada studio luar Hollywood.

Mereka mengatakan yang mereka mempunyai lebih daripada 100 game yang boleh dipilih, namun tidak menyatakan secara spesifik apakah IP yang sedang diusahakan untuk diterbitkan dalam bentuk filem dan siri TV.

Game apakah yang korang mahu PlayStation Productions adaptasikan kepada filem atau siri TV?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Malaysia Naib Juara Di Pertandingan PES Di China Selepas Tewas Kepada Brazil Di Final

Macam Mana Nak Main Call of Duty Mobile Beta Sekarang Di Android? Ini 5 Langkah Mudah