Beberapa hari lalu, kita dikejutkan dengan laporan yang kononnya Sony sedang dalam proses untuk mengambil-alih Take-Two Interactive, syarikat induk kepada Rockstar Games dan 2K Games.

Rockstar Games cukup terkenal dengan siri Grand Theft Auto dan Red Dead Redemption, manakala 2K Games terkenal dengan siri NBA.

Walau bagaimanapun, khabar angin ini telah dipatahkan pihak Sony dengan pantas. Yuji Nakamura, wartawan dari Bloomberg telah mengeluarkan satu tweet, mengatakan yang Sony telah mengesahkan kepadanya bahawa khabar angin ini tidak benar.

Semasa khabar angin ini berlegar, saham Take-Two telah melonjak sebanyak 6.9 peratus. Penafian khabar angin ini dianggap sebagai satu mesej kepada pemegang saham mereka bahawa Sony tidak akan membelanjakan wang berbillion dolar untuk mengambil-alih syarikat sebesar Take-Two.

Terima kasih, Destructoid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.