in , ,

Sony Paparkan Video 2 Saat Dari Filem Uncharted – Sully Tetap Tidak Bermisai

Sony telah memperlihatkan rakaman dari filem Uncharted yang hanya berdurasi selama… 2 saat.

Seperti yang boleh disaksikan dalam video di bawah (minit 1:31), kita dapat lihat Victor Sullican dan Nathan Drake berada di dalam satu majlis mewah, memakai suit dan mereka bertentang mata. Ya, itulah sajalah yang dipaparkan.

Kerisauan yang diperkatakan oleh para peminat minggu lalu selepas melihat sekeping gambar dari filem itu nampaknya semakin bertambah panas kerana dalam paparan 2 saat ini, Sully masih lagi tidak bermisai.

Video ini hadir daripada Sony yang menampilkan para pekerjanya berkongsi tentang pelbagai produk Sony — dari video game, filem, muzik, kamera dan lain-lain. Daripada sekian banyak produk itu, mereka memperlihatkan sedikit paparan dari filem blockbuster mereka akan datang tersebut.

Filem Uncharted diarahkan oleh Ruben Fleischer. Antara arahan yang mengangkat nama Fleischer ialah filem Zombieland dan Venom.

Filem ini dibintangi Tom Holland sebagai Nathan Drake yang muda dan Mark Wahlberg sebagai Sully, selain turut menampilkan Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle.

Filem Uncharted akan ditayangkan di pawagam pada Februari 2022. Selepas tamat tayangan di pawagam, ia akan masuk ke Netflix, melalui perjanjian yang ditandatangani baru-baru ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pelakon Marlene Dari Game The Last of Us Akan Bintangi Watak Sama Dalam Siri HBO

Gameplay Horizon Forbidden West Pecahkan Rekod Jumlah Penonton Acara State of Play