in , ,

Sony Nafikan Filem Atau Siri TV God of War Sedang Dibikin

Sony telah menafikan sebarang pembangunan untuk filem atau siri televisyen adaptasi dari francais game God of War sedang dijalankan.

Perkara ini disahkan oleh seorang jurucakap Sony kepada The New York Times. Laporan itu mengatakan bahawa di sebalik spekulasi yang timbul, antara francais game Sony yang tidak mempunyai apa-apa pembangunan filem atau siri TV, sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, adalah God of War.

Khabar angin tentang filem atau siri TV adaptasi dari game yang dibangunkan Santa Monica itu sudah berkeliaran sejak sekian lama. Namun, ia menjadi semakin hangat apabila pada Disember 2020 lalu, Sony Pictures telah mengesahkan terdapat 10 buah game PlayStation sedang diadapatasi menjadi filem dan siri TV.

Dalam laporan The New York Times yang sama, sekeping gambar terbaharu dari filem Uncharted telah didedahkan, membuatkan para peminat mula bimbang selepas melihat penampilan Nate dan Sully yang tidak kelihatan seperti dalam francais game Uncharted.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Gambar Baharu Filem Uncharted Dikongsikan, Para Peminat Mula Risau Melihat Penampilan Drake, Sully

Horizon Forbidden West Disasarkan Pelancarannya Pada 2021, Tiada Skrin Loading

14 Minit Gameplay Horizon Forbidden West Akan Diperlihatkan Jumaat Ini Dalam State of Play