in ,

Sony Nafi Tambah Produksi PS4 Untuk Tampung Kekurangan Stok PS5

Sony telah memberikan respon terhadap laporan yang muncul baru-baru ini, sekaligus menafikan yang mereka ingin menambah produksi PS4 bagi menampung kekurangan stok PS5.

Sony menegaskan bahawa syarikat itu tidak pernah ada perancangan untuk menghentikan produksi PS4 pun. Sebaliknya, segala produksi dan jualan konsol generasi terdahulu itu telah pun dirancang lama bersama-sama dengan pelancaran PS5.

Bahkan, Sony menyatakan yang jadual pelancaran untuk PS4 dan PS5 itu sebenarnya mengikuti perancangan yang mereka sering lakukan terhadap generasi-generasi konsol sebelum ini.

Kenyataan ini dikeluarkan Sony kepada NLab, sebuah laman berbahasa Jepun, lapor Yahoo.

Menurut laporan Bloomberg sebelum ini, Sony dilaporkan akan meningkatkan produksi PS4 bagi menampung kekurangan stok PS5 di pasaran. Laporan itu turut mengatakan bahawa Sony pada asalnya mahu menamatkan produksi PS4 pada penghujung 2021.

Walau bagaimanapun, melihat kepada stok PS5 yang tidak menunjukkan sebarang peningkatan disebabkan cip komponen global yang masih berkurangan, maka Sony dikatakan telah membatalkan hasrat itu, sebaliknya akan terus meningkatkan produksi konsol generasi lama itu.

Antara faktor mengapa langkah ini diambil Sony adalah disebabkan komponen untuk menghasilkan PS4 lebih banyak tersedia, serta konsol itu lebih murah untuk Sony hasilkan dan juga lebih murah untuk para pengguna beli.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Trailer Pelancaran Uncharted: Legacy of Thieves Collection

UFL Umum Kevin de Bruyne Sebagai Duta Terbaharu, Saksikan Teaser Animasinya