Sony mungkin akan memperkenalkan sebuah controller untuk telefon pintar yang memiliki bentuk dan butang seperti controller PlayStation.
Laporan ini muncul apabila satu paten ditemui yang rekaannya seakan direka khas untuk mobile gaming, lapor VGC.
Paten ini telah diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment divisyen Jepun, di mana rekaannya kelihatan lebih serupa seperti DualShock 4 (controller PS4) berbanding DualSense (controller PS5).
Sekiranya paten ini akan direalisasikan dan dipasarkan, ia tentunya untuk memudahkan para pemain bermain game-game PlayStation di mobile menggunakan fungsi Remote Play.
Ketika ini, para pemain tiada masalah untuk menggunakan kedua-dua DualShock 4 dan DualSense untuk bermain game mobile kerana ia boleh disambungkan melalui Bluetooth. Jadi, kalau controller baharu ini dilancarkan, ia bakal memberi para pemain pilihan tambahan, mungkin dengan harga yang lebih murah berbanding membeli sebuah DualShock 4 atau DualSense.
Menurut VGC lagi, bulan lalu telah menyaksikan Sony melantik bekas bos kandungan Apple Arcade, Nicola Sebastiani sebagai Ketua Mobile PlayStation Studios, iaitu satu jawatan yang telah mereka iklankan pada April lalu.
Comments
Loading…