Sony telah mengeluarkan kenyataan rasmi, mengaku kesilapan terhadap proses pra-tempah PlayStation 5 yang cacamarba, sekaligus memohon maaf kepada para peminat.
Sejurus sahaja selepas siaran langsung acara khas PS5 pada Khamis pagi lalu, Sony mengatakan yang pra-tempah untuk konsol generasi seterusnya itu bakal dibuka pada keesokan harinya. Walau bagaimanapun, sesetengah kedai tempatan di Eropah dan Amerika Utara telah mula menerima pra-tempah lebih awal daripada yang diumumkan Sony.
Laman web-laman web kedai tersebut mula sesak dan akhirnya meninggalkan para peminat dalam kekeliruan. Maka, para peminat mula meluahkan rasa tidak puas hati kepada Sony kerana tidak mempersiapkan proses pra-tempah dengan rapi.
“Sejujurnya, pra-tempah PS5 sepatutnya boleh jadi jauh lebih lancar. Kami benar-benar memohon maaf disebabkan itu.,” kata akaun Twitter rasmi PlayStation. “Dalam tempoh beberapa hari ini, kami akan melancarkan lebih banyak pra-tempah untuk konsol PS5 — kedai-kedai akan berkongsikan lebih lanjut. Dan lebih banyak PS5 akan tersedia menjelang hujung tahun kelak.”
PS5 akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada 19 November ini. Buat masa ini, kedai-kedai tempatan di Malaysia masih belum mengumumkan harga rasmi untuk pasaran temparan.
Comments
Loading…