Dalam satu kenyataan bersama yang sangat jarang berlaku, Sony, Microsoft, dan Nintendo telah berjanji untuk terus komited dalam menjalankan persekitaran online gaming yang selamat untuk semua lapisan gamer.
Antara aspek utama yang mereka tekankan akan berikan perhatian utama adalah memastikan ruangan online bebas daripada kebencian, gangguan, dan selamat untuk pemain-pemain yang lebih muda.
“Kami percaya bahawa kebencian dan gangguan atau eksploitasi terhadap pemain-pemain yang lebih muda dalam apa jua bentuk tidak akan ada tempat dalam gaming,” kata ketiga-tiga syarikat gergasi gaming itu. “Kami bekerjasama dengan komuniti untuk mempromosikan kelakuan gaming yang selamat dan menggalakkan fungsi laporan bagi mendedahkan para pelaku salah.”
“Melindungi para pemain bukan satu kerja yang mudah dalam dunia digital dan sentiasa berhubung ini. Perkongsian ini menandakan komitmen kami untuk bekerjasama untuk menambahbaik keselematan pemain dan memastikan gaming kekal baik untuk semua.”
Korang boleh baca kenyataan bersama penuh Sony, Microsoft, dan Nintendo ini di sini.
Comments
Loading…