Apabila kita mendengar tentang khabar angin pembikinan remake untuk game pertama The Last of Us, ramai yang berkata Sony seolah-olah hanya memerah game-game lama.
Walau bagaimanapun, kenyataan baharu daripada Ketua PlayStation Studios, Hermen Hulst ini mungkin akan meredakan keresahan para peminat.
Ketika bercakap kepada Wired, Hulst telah mendedahkan yang Sony kini mempunyai lebih daripada 25 buah game sedang dalam pembangunan, dan hampir separuh daripadanya adalah harta intelek (IP) atau francais baharu.
“Terdapat banyak bilangan [game] yang datang dari pelbagai rantau,” kata Hulst. “Besar, kecil, genre berbeza.”
Kepada korang yang masih merasakan ‘tidak cukup’ game di PS5, harap bersabarlah ya. Game-game ini memerlukan hasil kerja yang bertahun untuk disiapkan.
Comments
Loading…