Jangan lagi tertanya-tanya bagaimana rupa rekaan visual kotak game disk fizikal untuk PS5 kelak kerana Sony telahpun memperlihatkannya buat kali pertama.
Melalui satu tweet yang dikeluarkan, akaun rasmi PlayStation telah mendedahkan rekaan seni visual muka hadapan untuk Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, sebuah game yang sedang dibangunkan oleh Insomniac Games. Ini sekaligus menjadikan ia game PS5 pertama yang memperlihatkannya.
Visual ini pastinya memiliki pemilihan warna yang sama dengan rekaan konsol PS5 yang didedahkan pada bulan lalu — yang mana ia menggunakan latar belakang berwarna putih dengan font berwarna hitam.
Dalam tweet ini juga, Sony mengingatkan sekali lagi bahawa PS5 akan dilancarkan pada hujung tahun ini, walaupun belum lagi mengumumkan tarikh tepat pelancarannya.
Jadi, apa pendapat korang? Suka dengan rekaan visual yang boleh dikatakan tidak banyak perbezaan dengan PS3 dan PS4 ini? Kongsikannya di ruangan komen.
Comments
Loading…