Sony semasa acara PlayStation Meeting yang baru sahaja tamat sebentar tadi telah memperkenalkan PlayStation 4 Pro kepada umum.

sony-ps4-pro

[KEMASKINI]: Sony telah mengumumkan bahawa harga PS4 Pro adalah RM1,799 dan tarikh pelancarannya akan diumumkan kemudian.

[LAPORAN ASAL]:

PlayStation Neo telah diperkenalkan Sony dengan nama rasminya, PS4 Pro. Ia akan dilancarkan pada 10 November 2016 dengan harga USD399. Buat masa ini, harga untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan.

PS4 Pro akan menyokong DualShock 4 versi sedia ada dan versi yang serba baru, di mana ia didatangkan bersama-sama dengan PS4 Slim dan PS4 Pro ini sendiri.

PlayStation Architect Mark Cerny telah naik ke pentas dengan menerangkan bahawa PS4 Pro bakal memiliki keupayaan untuk stream kandungan HDR dan 4K, pemprosesan yang lebih pantas, dan size hard drive sebanyak 1TB.

sony-ps4-pro

Lebih menarik, Cerny mengatakan para pemain tidak semestinya memerlukan 4K TV atau HDR-supported untuk menggunakan PS4 Pro. Beliau berkata, apabila PS4 Pro dihidupkan, ia akan memilih dengan sendiri apakah resolusi yang paling sesuai untuk dimainkan pada waktu itu. Sebagai contoh, pemain boleh memainkan PS4 Pro di HD TV dan mereka masih boleh merasai perbezaan yang bakal ditampilkan.

Selain itu, beliau turut menyatakan, kepada pemain yang mempunyai PS4 Pro dan PlayStation VR, ia akan memberikan penambahan grafik ketara untuk sebahagian game VR kelak.

sony-ps4-pro

Sebuah aplikasi Netflix baru akan disertakan dengan PS4 Pro ini semasa pelancaran agar para pelanggan boleh melakukan streaming dengan kandungan 4K.

Berikut adalah senarai game yang disebut tadi semasa pengenalan PS4 Pro, yang mana ia akan menyokong konsol terbaru ini:

Telah keluar atau akan dilancarkan pada 2016:

  • Deus Ex: Mankind Divided
  • Rise of the Tomb Raider
  • Watch Dogs 2
  • Call of Duty: Infinite Warfare
  • Killing Floor 2
  • Modern Warfare Remastered
  • Call of Duty:Black Ops 3 (dengan day one patch)
  • FIFA 17
  • Battlefield 1
  • Dishonored 2

Akan Datang:

  • Mass Effect Andromeda
  • For Honor
  • Spider-Man
  • Horizon Zero Dawn (juga dalam HDR)

sony-ps4-pro-horizon-zero-dawn sony-ps4-pro-for-honor sony-ps4-pro-infamous-first-light sony-ps4-pro-days-gone sony-ps4-pro-watch-dogs-2 sony-ps4-pro-rise-of-the-tomb-raider sony-ps4-pro-spider-man

JomKomen!