Controller berubah menjadi lebih kecil sesuai untuk tangan si cilik.
PlayStation US mengumumkan satu controller PS4 berwayar baru direka khas oleh Hori untuk kanak-kanak, iaitu 40 peratus lebih kecil berbanding controller DualShock 4 biasa dan mempunyai rekaan berbentuk lebih rata untuk mudah dipegang oleh kanak-kanak.
Hori Mini Wired Gamepad ini sesuai bagi korang yang teringin nak bermain game bersama-sama si cilik seperti Knack 2.
Walaupun controller berwayar ini didatangkan dengan kabel sepanjang 3m tetapi tiada fungsi controller DualShock 4 seperti getaran dan touch pad, fungsi touch pad itu didorong dengan menggunakan stik kiri atau kanan controller berwayar ini.
Hori Mini Wired Gamepad ini serasi dengan hampir keseluruhan game PS4 untuk pengalaman bermain bersama seisi keluarga namun ia tidak serasi untuk game PSVR.
Harga Hori Mini Wired Gamepad ini agak berpatutan dan lebih murah berbanding contoller DualShock 4 dengan harga pasaran $29.99 USD (RM122.31) dan setakat ini hanya dilancarkan untuk pasaran US dan Kanada sahaja.
Comments
Loading…