in ,

Sony Memperkenalkan Controller VR Baru Untuk PS5 Yang Kelihatan (Dan Rasa) Futuristik

Sony telah memperlihatkan sepasang controller untuk virtual-reality (VR) yang akan dimainkan di PS5. Controller yang kelihatan cukup futuristik ini masih lagi dalam pembangunan.

Teknologi sentuhan dan getaran yang mereka perkenalkan dalam controller DualSense akan turut dibawakan ke dalam controller VR baharu ini.

Rekaan fizikal controller VR ini memfokuskan kepada kebebasan pemain untuk menggerakan pergelangan tangan dengan mudah melalui rekaan berbentuk seakan sfera atau bola. Kata Sony, rekaan ini akan membantu pembangun mencipta pengalaman game yang unik kerana pemain tiada paksaan dalam menggerakkan pergelangan tangan.

Korang boleh baca ciri-ciri penuh yang ditampilkan dalam controller baharu ini di pautan ini.

Walau bagaimanapun, Sony nampaknya masih lagi berahsia dan tidak mahu memperlihatkan lagi headset VR untuk PS5.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Malaysia Buka Pra-Tempah PS5 Lagi, Kali Ini Boleh Secara Online Dan Walk-In

Life is Strange: True Colors Diumumkan, Protagonis Berkuasa Melihat Emosi Orang Sekeliling