in ,

Sony Masih Membisu Tentang PS5, Minggu Ini Akan Fokus Kepada PS VR

Di sebelah sana, Microsoft sudah mendedahkan yang Xbox Series X akan dilancarkan pada November, walaupun belum lagi menyatakan tarikh tepat. Di sebelah sini pula, Sony masih lagi membisu tanpa ingin berkongsikan apa-apa tentang PS5.

Dalam satu kenyataan baharu di PlayStation Blog, Sony mendedahkan yang mereka akan berkongsikan beberapa berita tentang game-game baharu akan datang PlayStation VR, serta kemaskini baharu untuk game-game PS VR yang telah diumumkan sebelum ini.

Apa yang membuatkan para peminat resah gelisah ialah mereka dengan jelas mengatakan yang tiada sebarang pengumuman besar untuk PS5 pada minggu ini. Kita semua pada ketika ini berharap benar agar Sony boleh umumkan harga PS5 serta tarikh pelancarannya.

Acara utamanya pada minggu ini telahpun bermula malam tadi dengan beberapa pengumuman PS VR yang korang boleh saksikan di bawah. Dalam beberapa hari mendatang, Sony akan berkongsikan butiran lanjut sehingga Jumaat ini.

Setelah menerima banyak kritikan daripada peminat terhadap tweet-tweet mereka tentang PS VR, Sony telah menaikkan satu tweet yang menyuruh para peminat kembali bertenang sambil meletakkan GIF Jin Sakai dari Ghost of Tsushima sedang mandi di kolam air panas.

Ingat kelakar ke Sony?

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Antara Bonus Pra-Tempah Cyberpunk 2077 - Korang Dapat 8 Lencana Berjahit Termasuk 7 Logo Gang

Cyberpunk 2077 Takkan Naikkan Harga Untuk Versi PS5 Dan Xbox Series X

Auto Draft

Rasmi! Xbox Series S Diumumkan – Xbox Paling Kecil, Harga Sekitar RM1245