in ,

Sony Malaysia Umum Pra-Tempah PS5 Seterusnya Dibuka Esok, Tiada Pra-Tempah Online

Tiada sebarang notis awal bagi mempersiapkan para peminat tempatan, Sony Malaysia telah mengumumkan yang pra-tempah kelompok kedua untuk PlayStation 5 akan bermula pada hari esok.

Pada Jumaat ini, iaitu 8 Januari 2021, peminat boleh datang ke Sony Store KLCC dan Sony Store The Curve dari pukul 10 pagi hingga 10 malam untuk meletakkan sendiri pra-tempah. Tiada pra-tempah secara online disediakan.

Dalam post Facebook yang dikeluarkan, Sony Malaysia sekali lagi mengingatkan harga untuk dua edisi PS5, iaitu Digital Edition yang berharga RM1,869, dan Disc Edition yang berharga RM2,299.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pelakon Suara Abby Dalam The Last of Us 2 Buka Mulut Tentang Kebencian Yang Diterimanya

ACER unveils 4K UHD 144Hz gaming monitors with HDMI 2.1

ACER unveils 4K UHD 144Hz gaming monitors with HDMI 2.1