Sony kini sedang berusaha keras untuk membawakan PlayStation 5 kepada para peminat setianya di seluruh dunia. Stok konsol terkini ini semakin hari semakin meningkat, dan begitu juga untuk pasaran Malaysia.
Sony Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa pra-tempah kelompok keempat untuk PS5 bakal dibuka pada 19 Mac 2021, bermula jam 12 tengah malam.
Berbeza dengan pra-tempah kelompok ketiga bulan lalu, Sony Malaysia kembali membuka pra-tempah di kedai (walk-in) dan juga secara online.
Untuk pra-tempah secara walk-in, boleh melakukannya di kedai tempatan berdekatan yang disahkan oleh Sony Malaysia, dengan SOP yang ketat.
Untuk pra-tempah secara online pula, boleh lakukannya di laman Lazada rasmi Sony Malaysia.
Seperti biasa, harga pasaran PS5 adalah RM1,869 (edisi digital) dan RM2,299 (edisi disk).
Comments
Loading…