in ,

Sony Malaysia Adakan Tinjauan Tentang Jualan PS5 Untuk Pemain Tempatan

Menjelang beberapa bulan sahaja sebelum pelancaran PlayStation 5, pastinya cabang Sony di setiap negara sedang mempersiapkan persediaan terbaik untuk melancarkan konsol generasi akan datang itu, dan Sony Malaysia juga tidak terkecuali.

Diumumkan di laman Facebook rasmi, Sony Malaysia telah memberikan pautan kepada orang ramai untuk menjawab tinjauan tentang PS5 yang mereka sediakan. Antara soalan yang ditanyakan ialah konsol apa yang dimiliki sekarang, game PS5 yang diminati, PS5 edisi apa yang ingin dibeli (edisi biasa atau edisi digital), berminat untuk beli secara online atau di kedai fizikal dan beberapa soalan lain.

“Pandangan anda adalah bermakna dan juga menggalakkan kami untuk menyampaikan hiburan yang lebih baik untuk anda,” kata Sony Malaysia.

Korang boleh bantu Sony Malaysia dengan memberikan input dan menjawab tinjauan tersebut di pautan ini.

Walaupun sudah menghampiri bulan September 2020, Sony masih lagi belum mengumumkan tarikh pelancaran dan harga pasaran PS5. Buat masa ini, mereka hanya menyatakan yang ia akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Tonton Gameplay Trailer Chorvs Yang Memaparkan Pertempuran Angkasa Lepas

Tonton Gameplay Trailer Chorus Yang Memaparkan Pertempuran Angkasa Lepas

Sony Ingin Bawakan Lebih Banyak Game Eksklusif PlayStation Ke PC

Sony Ingin Bawakan Lebih Banyak Game Eksklusif PlayStation Ke Platform PC