Pada November 2019, Sony telah mengumumkan penubuhan studio globalnya yang pertama di Asia Tenggara, iaitu di Malaysia.
Studio yang akan dinamakan Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios Malaysia Sdn. Bhd. (SIE WWS Malaysia) itu akan menyediakan khidmat seni dan animasi serta membangunkan game-game eksklusif global bagi platform PlayStation.
Terkini, kita telah mengetahui siapakah yang bakal mengetuai studio tersebut iaitu Hasnul Hadi Samsudin. Beliau sendiri telah menukar biografinya di Twitter dan Facebook sebagai “Head of PlayStation WWS Malaysia Studio”. Malah, semalam beliau turut mengeluarkan satu tweet berbunyi “1st Day” — menandakan hari pertama beliau memikul tugas baharu itu.
Hasnul sebelum ini merupakan Naib Presiden Bahagian Kandungan Kreatif Digital untuk MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation).
Kami di JomGaming mengucapkan tahniah kepada beliau atas lantikan ini dan teruja untuk mendengar sendiri kenyataan rasmi dan perancangannya dalam jawatan baharu ini.
Comments
Loading…