in ,

Sony Kongsi Butiran Baharu Remake The Last of Us Part I – Gameplay, Permadeath Mode, Speedrun Mode

Semalam kita telah digemparkan dengan beberapa ketirisan gameplay untuk game remake akan datang daripada Naughty Dog, The Last of Us Part I.

Beberapa jam kemudian, Sony dan Naughty Dog telah berkongsi lanjut mengenai game tersebut.

Sebuah video berdurasi kira-kira 10 minit telah dikeluarkan, menampilkan sedikit gameplay serta penerangan daripada para pembangun tentang apakah pembaharuan yang akan dibawa ke dalam game itu.

Kita dapat lihat bagaimana mereka menjelaskan tentang teknologi-teknologi baharu yang digunakan seperti visual yang lebih baik serta musuh AI yang lebih bijak. Selain itu, mereka turut mengumumkan banyak lagi ciri baharu, antaranya:

  • Permadeath Mode (mode yang kalau pemain mati, akan terus mati, tiada respawn)
  • Speedrun Mode (ada paparan masa berjalan di atas kanan skrin, sesuai untuk mereka yang ingin mencipta rekod terpantas menghabiskan game itu)
  • Boleh unlock dan menukar kostum Joel dan Ellie
  • Photo Mode yang ditambahbaik
  • Model Viewer Mode (melihat model-model karakter dengan lebih dekat)
  • Lebih banyak kemudahan untuk pemain kelainan upaya (OKU)

The Last of Us Part I akan dilancarkan pada 2 September 2022 untuk PS5. Ia akan turut dilancarkan ke PC pada suatu tarikh yang masih belum diumumkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Xbox One Dan Xbox Series X/S Mendapat Sokongan Discord Voice Chat

Ubisoft Batalkan 4 Game Termasuk Ghost Recon Frontline, Tunda Pelancaran Avatar: Frontiers Of Pandora