Tarikh pelancaran The Last of Us Part II sekali lagi ditunda, yang mana pada kali ini, tiada sebarang tarikh baharu diumumkan. Semuanya kerana kegusaran Naughty Dog terhadap logistik yang bakal dihadapi unit fizikal game ini nanti akibat penularan wabak COVID-19.
Maka disebabkan itu, Sony telah mengembalikan semula wang (refund) kesemua pra-tempah untuk game ini di PlayStation Store. Tiada pilihan yang diberikan Sony kepada para pemain, sebaliknya secara automatik mengembalikan wang tersebut.
Bukan itu sahaja, malah laman The Last of Us Part II di PlayStation Store juga telah diturunkan memandangkan game itu belum lagi mempunyai tarikh pelancaran.
Walau bagaimanapun, tiada wang dikembalikan untuk korang yang membuat pra-tempah melalui kedai-kedai pihak ketiga.
Sumber: Gamespot
Comments
Loading…