in , ,

Sony Kata Tunggu Setahun Untuk Game Eksklusif PlayStation Masuk Ke PC

Ketua studio PlayStation, Herman Hulst berkata game eksklusif PlayStation perlu menunggu sekurang-kurangnya setahun untuk dilancarkan ke PC.

Tapi ada satu pengecualian, game live service di bawah PlayStation akan keluar ke PC lebih cepat berbanding game eksklusif. Memandangkan syarikat itu mempunyai perancangan 10 buah game live service yang dalam pembangunan.

Dalam temu bual bersama YouTuber Julien Chièze, lapor PC Gamer, Hulst berkata “untuk game yang ke arah live services, ia memerlukan komuniti yang sangat kuat dan penyertaan yang banyak”. Sony mempunyai pilihan untuk mengeluarkan game live service ke pelbagai platform di masa hadapan.

Beberapa tahun lepas, terdapat perubahan dalam Sony dari segi hubungannya dengan platform PC. Syarikat itu telah membeli Nixxes pada bulan Julai tahun lepas. Selepas itu kita dapat melihat game-game seperti Horizon: Zero Dawn, Marvel’s Spider-Man dan God of War masuk ke pasaran PC.

Sony menjangkakan keuntungan sebanyak $300 juta dari keluaran PC dalam kewangan tahun ini.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Messi, Neymar, Pogba Akan Masuk Call of Duty: Modern Warfare 2?

Need for Speed Unbound: Boleh Matikan Efek Anime Kalau Tak Suka