in , ,

Sony Kata Isu Mesej PSN Dah Pulih, Sebenarnya Bukan Jadikan PS4 “Brick” Pun

Beberapa hari yang lalu ini, para pemain PS4 penuh dalam kerisauan memikirkan apakah glitch mesej PSN sudah diperbaiki oleh pihak Sony ataupun belum.

Dalam laporan semalam, Sony ada mengatakan yang mereka sudah sedar tentang isu ini dan sedang merancang untuk mengeluarkan kemaskini sistem software PS4.

Walau bagaimanapun, terbaru, dalam satu tweet balas oleh akaun Ask PlayStation UK, mereka telah menyatakan yang glitch ini telahpun dipulihkan dan ia sebenarnya bukan boleh merosakkan (brick) PS4 pun. Seorang pengguna Twitter, Owen Nevin telah memerli yang mesej di PSN boleh membuatkan PS4 menjadi “brick”, dan ini komen balas pihak Sony itu:

“Kami telahpun memperbaiki isu ini sejak itu, dan ia bukan membuatkan konsol menjadi brick, hanya meletakkannya ke dalam satu crash loop yang boleh dipulihkan dalam masa kurang daripada 5 minit. Delete mesej itu melalui aplikasi mobile PS, pergi ke Safe Mode, dan gunakan Option 5, konsol akan kembali normal.”

“Option 5” yang dimaksudkan oleh pihak Sony ini ialah “Rebuild Database”. Bermakna, tidak perlu pun untuk reset PS4 ke factory settings.

Glitch ini boleh dikatakan agak serius memandangkan ada sesetengah pemain yang tidak bertanggungjawab menggunakannya untuk mendapatkan kemenangan percuma dalam game Ranked atau Competitive seperti dalam game Rainbow Six Siege dan Overwatch.

Harap pihak Sony benar-benar telah memulihkan isu ini dan mampu memberi jaminan yang ia tidak akan berulang lagi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Fortnite Umumkan Mode Tournament Dalam Game – Controller VS Mouse/Keyboard VS Mobile

Ber-Cosplay Dan Menangi AR Lenovo Star Wars Jedi Yang Bernilai RM1,450 Sambil Makan Di Sedap @ T.T.D.I