in , , , , ,

Sony Kata Battlefield “Tak Boleh Kejar” Call of Duty Yang Sudah Terlalu Besar

Pertikaman lidah antara Microsoft dan Sony berkaitan pengambil-alihan Microsoft terhadap Activision Blizzard nampaknya semakin lama semakin hangat.

Seperti yang kita semua tahu, pengambil-alihan ini juga bermakna francais Call of Duty kini adalah milik Microsoft. Ramai yang menzahirkan kegusaran yang mana ia akan membantutkan persaingan sekiranya Microsoft memutuskan untuk menjadikan Call of Duty hanya eksklusif untuk Xbox.

Dalam kenyataan terbaharu, lapor PC Gamer, Sony telah mengaitkan pula persaingan antara dua francais game shooter popular, iaitu Call of Duty dan Battlefield.

Sony mengatakan yang siri Call of Duty telah memiliki kejayaan yang terlalu besar sehingga tiada mana-mana game shooter lain mampu menyainginya, termasuk Battlefield.

“Call of Duty tidak dapat ditiru,” kata Sony. “Call of Duty sudah terlalu berakar umbi untuk apa-apa saingan, tidak kira betapa canggihnya [pesaingnya], untuk dikejar. Ia telah menjadi game paling laris hampir setiap tahun dalam tempoh sedekat lalu, dan dalam genre first-person shooter, ia sangatlah laris.”

“Penerbit-penerbit lain tiada sumber atau kepakaran untuk menyaingi kejayaannya,” tambah Sony. “Untuk memberikan contoh kukuh, Electronic Arts — antara pembangun pihak-ketiga terbesar selepas Activision — telah mencuba banyak tahun untuk menghasilkan pesaing kepada Call of Duty dengan siri Battlefieldnya.”

“Walau banyak persamaan antara Call of Duty dan Battlefield — dan walaupun EA mempunyai trek rekod dalam membangunkan francais-francais AAA lain yang berjaya (seperti FIFA, Mass Effect, Need for Speed, dan Star Wars: Battlefront) — francais Battlefield tidak dapat kejar. Sehingga Ogos 2021, lebih daripada 400 juta game Call of Duty telah terjual, di mana Battlefield hanya berjaya terjual 88.7 juta unit.”

Apa pula pandangan korang? Setuju dengan apa yang dikatakan Sony ini?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kemaskini Next-Gen The Witcher 3 Bawakan Photo Mode, 60FPS, Armor Geralt Netflix, Banyak Lagi

Babak Paling Sedih Dalam God of War Ragnarok