in , , , ,

Sony Jemput Penyanyi Rap Terkenal Korea Untuk Menyanyikan Lagu Berjudul “Only On PlayStation”

Only on PlayStation, yo.

Pasaran PS4 makin mendapat sambutan meriah dan sekaligus menguatkan jenama PlayStation di Korea Selatan yang selalunya didominasi oleh PC dan mobile. Oleh itu, Sony Korea mahu memastikan PS4 sentiasa di hati pemain Korea Selatan dengan pengiklanan yang berkesan.

Pengiklanan berkesan itu adalah…? Ya, satu lagu didedikasi khas tentang keseronokan bermain PS4 bersama-sama game eksklusif PlayStation yang dinyanyikan oleh penyanyi rap popular, Lee Joon-Kyung (lebih dikenali sebagai Dok2) dan video ini diterbitkan di saluran YouTube PlayStation Korea.

Mari kita saksikan muzik video “Only on” di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=RQeprq8NWT8

Lepas saya tengok muzik video ini, saya rasa macam nak rembat saja rantai logo PS besar yang Dok2 pakai itu. Bling, bling tau!

Jadi, apa pendapat korang tentang pengiklanan kreatif ini? Berjayakah Sony menarik perhatian pemain di Korea Selatan dengan lagu rap ini? Ingat, Only on PlayStation!

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Berkomunikasi Dengan Hantu Yang Menakutkan Sebagai Dukun Indonesia Dalam DreadEye VR

Beerus, Hit, Dan Goku Black Dari Dragon Ball Super Akan Boleh Dimainkan Dalam Dragon Ball FighterZ