in ,

Sony Jelaskan Lebih Lanjut: Majoriti 4,000 Game PS4 Akan Boleh Dimainkan Di PS5

Beberapa hari lalu, ketua arkitek sistem PlayStation 5, Mark Cerny melalui satu livestream telah berkongsikan pelbagai butiran tentang spesifikasi teknikal dan seni bina untuk PS5, dan salah satu yang menjadi perhatian ramai ialah bagaimana beliau mendedahkan tentang bilangan game yang menyokong backward compatibility di konsol generasi akan datang itu.

Walau bagaimanapun, nampaknya terdapat kekeliruan yang telah disalaherti oleh orang ramai tentang fungsi tersebut, dan pihak Sony telah mengemaskini kenyataan mereka di PlayStation Blog untuk menerangkan lebih lanjut tentang isu ini.

Kata Sony, mereka yakin bahawa “majoriti besar” 4,000 bilangan game di PS4 akan dapat menyokong fungsi backward compatibility di PS5. Salah faham terjadi apabila Cerny menyebutkan tentang bagaimana mereka mula menguji fungsi ini dengan 100 game paling banyak dimainkan di PS4. Kenyataan ini membuatkan para pemain menyangka bahawa hanya 100 game ini sahaja yang akan menyokong fungsi itu.

Hakikatnya, kata Sony, mereka telahpun menguji “ratusan game” untuk menyokong fungsi ini, dan mereka akan terus menguji “ribuan game” menjelang pelancaran PS5 nanti.

Dalam kata mudah, majoriti besar game popular yang ada di PS4, akan berjaya menyokong fungsi backward compatibility di PS5, tetapi ia masih lagi bukan fungsi yang menyokong sepenuhnya katalog game PS4.

Maka, jangan bimbang kerana kebanyakan game yang korang main di PS4 itu, kemungkinan besar akan boleh dimainkan di PS5 kelak — terutamanya senarai game yang popular atau AAA.

Pada ketika ini, PS5 masih lagi dijadualkan akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rainbow Six Siege: Disk PS4/Xbox One Akan Boleh Dimainkan Di PS5/Xbox Series X

Ini Bonus Eksklusif Yang Pelanggan PlayStation Plus Dapat Dalam Call of Duty: Warzone

Call of Duty Warzone: Playlist Duo dan Squad Dilaporkan Akan Hadir Tidak Lama Lagi