in ,

Sony Jangkakan Jualan PS5 Akan Lebih Tinggi Berbanding PS4 Dalam Tempoh Tahun Fiskal Pertama

Di kala ekonomi dunia merudum disebabkan wabak pandemik COVID-19, ramai tentunya akan merasakan yang jualan PS5 tidak akan begitu memberangsangkan.

Namun, bukan itu apa yang dirasakan oleh CEO Sony Interactive Entertainment, Jim Ryan. Ketika ditemubual oleh media Korea Selatan (via Daniel Ahmad), bos PlayStation itu menjangkakan yang jualan PS5 akan lebih tinggi dalam tahun fiskal pertama berbanding jualan PS4 dalam tempoh waktu yang sama.

Satu tahun fiskal berjalan dari April hingga Mac tahun hadapannya. Untuk makluman, menurut Push Square, PS4 yang dilancarkan pada November 2013 berjaya terjual sebanyak 7 juta unit sehingga Mac 2014. Bermakna, Sony cukup yakin bahawa PS5 yang bakal dilancarkan pada November 2020, mampu terjual lebih daripada 7 juta unit sehingga Mac 2021.

Pada September lalu, Sony mendedahkan bahawa mereka akan menghasilkan 15 juta unit PS5 dalam tempoh tahun fiskal pertama konsol itu dilancarkan. Persoalannya, mampukah 15 juta unit ini berjaya terjual? Hanya masa bakal menjawabnya.

PS5 akan dilancarkan di beberapa negara terpilih pada 12 November ini. Walaupun Sony mengatakan yang PS5 akan dipasarkan ke seluruh dunia pada 19 November, Sony Malaysia masih belum mendedahkan harga dan tarikh pelancaran konsol generasi akan datang ini untuk pasaran Malaysia.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
AMD Launches AMD Ryzen 5000 Series Desktop Processors: The Fastest Gaming CPUs in the World

AMD Launches AMD Ryzen 5000 Series Desktop Processors: The Fastest Gaming CPUs in the World

Trailer Gameplay Pertama FIFA 21 Diperlihat - Memperkenal Agile Dribbling, Creative Runs

FIFA 21: Boleh Beli or Boleh Blah!?