Di kala jualan PlayStation 5 masih lagi suam-suam kuku sejak pelancarannya pada November 2020, Sony nampaknya tetap mempunyai cita-cita yang cukup besar untuk konsol generasi terkini itu.
Ketika pertemuan bersama pemegang saham, CEO Sony, Kenichiro Yoshida mendedahkan bahawa mereka akan mempertingkat bekalan PS5 dalam tahun fiskal seterusnya (April 2022-Mac 2023) untuk mencapai sasaran jualan 22.6 juta unit setiap tahun.
Sekiranya sasaran ini dapat dicapai, ia akan memecahkan rekod jualan tahunan PlayStation dalam sejarah — mengatasi jualan yang pernah dicapai PlayStation pertama pada tahun fiskal 1998 (April 1997-Mac 1998), lapor Jiji.com, via Push Square.
Sasaran ini mungkin kelihatan agak tinggi, namun ianya tidak mustahil sekiranya Sony benar-benar dapat memenuhi segala permintaan para peminat. Paling penting, dengan kehadiran stok yang banyak, ia akan mematikan aktiviti zalim scalper yang menjual semula PS5 pada harga yang melampau tinggi.
Comments
Loading…