in ,

Sony Interactive Entertainment Buka Ibu Pejabat Baru Di Singapura Sebagai Hab Asia Tenggara

Sebelum ini, pasaran PlayStation di Asia Tenggara dikendalikan terus dari Hab Asia yang berpangkalan di Hong Kong. Terkini, ada berita baik untuk komuniti PlayStation di rantau ini.

Sony Interactive Entertainment (SIE) telah mengalihkan operasi mereka untuk pasaran Asia Tenggara ke Singapura, lapor Geek Culture.

Dalam kata lain, SIE akan membuka ibu pejabat khas di negara Temasik itu untuk menguruskan segala hal pemasaran di negara-negara Asia Tenggara yang mempunyai sokongan rasmi SIE iaitu Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Menurut Geek Culture, rentetan penyusunan semula pada Julai lalu yang meletakkan Hab Asia dalam Operasi Perniagaan Asia SIE, divisyen baharu ini sedang diketuai oleh individu veteran PlayStation, Katsuhiko Murase, sebagai Ketua Operasi Perniagaan Asia.

“Struktur organisasi baharu dan pembukaan Hab Asia di Singapura ini akan memimpin pasukan Asia kami untuk terus mengembangkan bisnes PlayStation melalui pengalaman bekerja dan pengetahuan perniagaan yang besar,” kata Murase kepada Geek Culture yang baru sahaja tamat kuarantinnya selama dua minggu selepas tiba di Singapura.

“Kami mempunyai keyakinan untuk menambah lanjut perniagaan dan kekuatan operasi ini bagi meneruskan untuk menggempur dan kekal sebagai peneraju dalam persekitaran perniagaan yang sentiasa berkembang.”

Bagi yang tidak tahu, PlayStation membahagikan pasaran Asia (tidak termasuk Jepun) mereka kepada dua, iaitu Asia Timur yang merangkumi Hong Kong, Taiwan dan Korea Selatan; dan Asia Barat iaitu beberapa negara Asia Tenggara seperti yang disebut di atas.

Selain Murase, seorang lagi yang mengemudi pemasaran PlayStation Asia Barat ialah Mustafa Yiğit, iaitu sebagai Ketua Perdagangan Asia Barat. Beliau menyertai SIE pada 2011 yang sebelum itu beliau bertugas sebagai Ketua PlayStation Turki, serta pernah juga memegang jawatan Pengarah Urusan SIE Hong Kong.

Jangan terkeliru pula antara Hab Asia terbaharu di Singapura ini dengan SIE Worldwide Studios yang telah dibuka di Kuala Lumpur, Malaysia. Studio pembangunan yang diketui oleh Hasnul Hadi Samsudin itu merupakan studio pembangunan yang membantu studio-studio di bawah PlayStation lain membangunkan game-game baharu.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bully 2 Dikatakan Dibatalkan Pada 2017 Untuk Beri Laluan Kepada GTA 6 Dan Red Dead Redemption 2

Game Percuma PlayStation Plus Januari 2021 – Shadow of the Tomb Raider, Greedfall, Maneater

Game Percuma PlayStation Plus Januari 2021 – Shadow of the Tomb Raider, Greedfall, Maneater