Sony telah mengeluarkan laporan korporat 2020 mereka, dan melaluinya ada kita dapat mengetahui beberapa butiran baharu menarik.
Antaranya ialah Sony berhasrat untuk menerokai mengembangkan lagi game-game pihak pertama mereka (eksklusif PlayStation) ke platform PC. Objektif utama mereka dalam hasrat ini adalah untuk melonjakkan lagi pertumbuhan keuntungan syarikat tersebut.
Buat masa ini, dua buah game yang sebelum ini hanya eksklusif untuk PS4 yang telahpun dilancarkan ke platform PC ialah Death Stranding dan Horizon Zero Dawn — masing-masing dibangunkan oleh studio pihak pertama Sony iaitu Kojima Productions dan Guerrilla Games.
Apabila Sony sudah mengeluarkan kenyataan sebegini, pastinya mereka sudah mempunyai game seterusnya yang dirancang untuk dilancarkan ke PC. Apa agaknya? The Last of Us? God of War? Marvel’s Spider-Man?
Golongan ‘elitis’ PlayStation mungkin kurang berkenan dengan perancangan Sony ini kerana bagi mereka tiada lagi keistimewaan dan elemen eksklusif bermain di konsol kesayangan mereka itu. Namun, kepada pemain di PC, pastinya ia suatu berita baik. Mereka akan dapat menikmati lebih banyak game berkualiti Sony di platform PC.
Selain itu, laporan korporat terbaharu ini juga mendedahkan yang Sony akan terus melabur dalam, atau mengambil-alih beberapa firma yang mempunyai kreativiti bagus dan teknologi terbaik untuk menaikkan lagi Worldwide Studios (WWS).
Studio paling terkini yang mereka telah ambil-alih ialah Insomniac Games pada Ogos 2019. Pada ketika ini, WWS memiliki 14 studio yang bernaung di bawahnya.
Studio mana pula Sony sedang merancang untuk ambil-alih?
Comments
Loading…