in , , , , , ,

Sony Halang Log Masuk Akaun Fortnite Ke Nintendo Switch, Masih Keras Kepala Untuk Fungsi Cross-Play

Mengapa Sony, Mengapa?

Fortnite Battle Royale adalah sebuah game yang menakjubkan. Antara sebab mengapa game ini benar-benar mendapat sambutan global adalah kerana ia menawarkan fungsi cross-play antara semua platformnya dengan sangat mudah.

Seperti yang telah kami jelaskan sebelum ini, semua platform yang ada untuk Fortnite boleh bermain antara satu lain, kecuali antara PS4 dan Xbox One — disebabkan keengganan Sony membuka pintu untuk pemain mereka bermain bersama pesaingnya.

Terbaru, setelah Fortnite diumumkan untuk Nintendo Switch, Epic Games telah mengesahkan yang platform itu hanya boleh cross-play bersama antara PC, Mac, Xbox One dan mobile sahaja — dan sekali lagi Sony sekali tidak mahu bersama-sama dalam kerjasama ini untuk membenarkan pemain PS4 menyertainya.

Lebih mengejutkan, Sony menghalang akaun pemain Fortnite yang bermain di PS4 untuk dilog masuk ke dalam Fortnite di Switch. Jika korang masih tidak faham, isu ini bermakna yang sekiranya korang telah bermain di PS4, segala progression yang telah dicapai di sana tidak boleh dibawa ke Switch. Sekiranya korang mahu bermain Fortnite di Switch, korang perlu membuka akaun baru dah mula semula dari bawah.

Kami benar-benar berharap satu hari nanti Sony akan terbuka hati untuk sama-sama menyertai cross-play ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Realm Royale: Battle Royale Gabungan Shooter, Character & Senjata Fantasy Oleh Developer Paladins

Skyrim Is Back! Walaupun Dibangunkan Daripada Salah Satu Mod Skyrim Paling Popular!