in , ,

Sony Hadiahkan Pelakon The Last of Us HBO PS5 Untuk Lebih Mendalami Watak

Pelakon yang akan menghidupkan watak Tommy dalam siri televisyen The Last of Us terbitan HBO, Gabriel Luna telah dihadiahkan sebuah PlayStation 5 untuk beliau lebih mendalami watak tersebut.

Perkara ini diumumkannya sendiri di Instagram, sambil mengucapkan terima kasih kepada Sony PlayStation dan Presiden-Bersama Naughty Dog, Neil Druckmann.

Luna menyatakan yang beliau akan menggunakan PS5 itu sebagai peralatan untuk melakukan kajian tambahan dengan bermain game pertama The Last of Us dan sekuelnya, The Last of Us Part II.

Kepada peminat setia PlayStation yang masih mengidam untuk mendapat sebuah PS5, mungkin korang perlu menjadi seorang pelakon bintang yang berlakon untuk siri terbitan HBO, barulah akan dapat sebuah unit dengan mudah.

Tidak banyak jalan cerita yang didedahkan setakat ini, dan kita belum tahu berapa banyak musim akan diterbitkan, namun kita sudah ketahui bahawa musim pertama ini akan berdasarkan game pertama The Last of Us yang dilancarkan pada 2013, serta mempunyai 10 episod.

Dua bintang Game of Thrones, Pedro Pascal dan Bella Ramsey akan kembali bersatu sekali lagi dalam siri televisyen terbitan HBO, sebagai duo yang cukup ikonik dalam The Last of Us, Joel dan Ellie. 

Gabriel Luna bakal membawakan watak Tommy; pelakon Marlene dari game, Merle Dandridge akan menghidupkan watak yang sama; Nico Parker sebagai Sarah; dan Anna Torv sebagai Tess.

Kerusi pengarah untuk episod pertama diisi oleh Kantemir Balagov, pembikin filem berasal dari Rusia yang cukup terkenal melalui kerjanya untuk drama yang telah memenangi banyak anugerah, Beanpole.

Gambar pertama dari set penggambaran sudah dikongsikan, memaparkan Joel, Sarah dan Tommy dalam satu babak di dalam sebuah kereta.

Penerbitan siri TV adapatasi The Last of Us ini diketuai oleh Craig Mazin — insan yang bertanggungjawab menulis dan menerbitkan siri televisyen Chernobyl di HBO yang mendapat pujian ramai. Beliau akan menulis jalan ceritanya bersama-sama dengan orang kuat dari Naughty Dog sendiri, Neil Druckmann.

Ia merupakan siri TV hasil kerjasama HBO dengan Sony Pictures.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Siri Live-Action Pokemon Dilaporkan Sedang Dibikin Oleh Netflix

Dragon Age Pula Dilaporkan Sedang Dibikin Untuk Siri TV Oleh Netflix