EA pernah berkata, “game single-player sudah tidak lagi diminati para gamers.” Kali ini Sony pula berkata sebaliknya!
Sony adalah salah sebuah penerbit game single-player yang hebat. Ini dibuktikan dengan kemenangan game God of War yang merangkul anugerah Game of the Year baru-baru ini.
Warwick Light, pengarah pemasaran Eropah Sony bercakap kepada MCVUK, beliau berkata, “Masih terdapat ramai menginginkan game-game yang menampilkan penceritaan terbaik dalam game single-player yang disertakan dengan gameplay mengagumkan, seperti yang disaksikan dengan populariti Marvel’s Spider-Man dan God of War di dalam carta tahun ini.”
“Ramai boleh berkata single-player hanyalah trend, tetapi ramai pemain kami memintanya,” katanya lagi.
Peminat game single-player boleh menarik nafas lega bersama Sony dan PlayStation dengan game-game bertemakan single-player yang dibariskan seperti Ghost of Tsushima, The Last of Us: Part II, Death Stranding dan banyak lagi game-game akan datang.
So, adakah korang gamer yang masih mementingkan game-game single-player?
Comments
Loading…