in ,

Sony Disaman Kerana Didakwa Mahu Memonopoli Pembelian Game Di PlayStation Store

Pernah tak korang beli atau sekurang-kurangnya nampak ada di kedai-kedai tempatan yang menjual kod game digital. Pemain akan beli kad untuk kod game itu, gores kad itu, dapatkan kod, dan tebus kod itu di PlayStation Store.

Pernah? Tapi sekarang seperti sudah tiada lagi kod-kod game digital yang dijual di kedai-kedai, ya tak?

Hal ini kerana Sony didakwa menghalang penjualan kod-kod game seumpama itu kerana mahu para pemain hanya membeli game terus di PlayStation Store, sehingga membuatkan beberapa pelanggan ingin menyaman Sony, lapor Bloomberg.

Tuntutan mahkamah di California, Amerika Syarikat itu menyatakan bahawa Sony mengamalkan satu langkah monopoli yang menyalahi undang-undang dengan mengehadkan pembelian game hanya di PlayStation Store. Dakwaan ini mengatakan yang Sony berhenti membenarkan pengedar-pengedar pihak ketiga untuk menjual kod-kod game itu.

“Monopoli Sony ini membenarkan mereka untuk meletakkan harga melampau untuk game digital PlayStation, yang mana secara signifikannya lebih mahal daripada harga game fizikal itu yang dijual di pasaran kedai yang kompetitif, dan secara signifikannya lebih mahal daripada di dalam pasaran kedai kompetitif untuk game-game digital,” nyata dakwaan itu.

Menurut tuntutan saman itu lagi, pemain dikatakan akhirnya membayar sehingga 175% lebih mahal untuk game yang dimuat-turun daripada game disk fizikal yang sama.

Ketika artikel ini ditulis, Sony masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ubisoft Umumkan 2 Game The Division Baru – Satu Game Percuma PC/Konsol, Satu Lagi Mobile

Epic Menawarkan Sony RM822 Juta Untuk Bawa Game PlayStation Ke Epic Games Store