in , , ,

Sony Dilaporkan Sedang Membikin Filem Days Gone Dari Penulis X-Men: First Class

Sony nampaknya semakin rancak mengadaptasi game-game mereka ke skrin besar.

Terbaharu, Deadline melaporkan yang Sony sedang membikin filem adaptasi Days Gone, game apokalips zombi yang dilancarkan pada 2019.

Laporan ini mengatakan yang ia akan mendapat sentuhan daripada penulis filem X-Men: First Class, Sheldon Turner. Ia akan diterbitkan bersama oleh Vendetta Productions and PlayStation Productions.

Deadline turut melaporkan yang Sony sedang mempertimbang untuk mengambil Sam Heughan bagi menghidupkan watak utamanya, Deacon St. John. Antara lakonan Heughan adalah dalam Outlander, The Spy Who Dumped Me, dan Bloodshot.

Sony sememangnya telah dan akan menukang banyak siri dan filem yang diadaptasi dari francais game mereka. Filem Uncharted telah pun keluar pada awal tahun ini dan menerima sambutan yang hangat.

Antara yang masih dalam pembikinan adalah siri The Last of Us untuk HBO, siri tv Twisted Metal untuk Peacock, filem Ghost of Tsushima, siri tv Horizon Zero Dawn untuk Netflix, filem Gran Turismo, siri tv God of War untuk Amazon Prime Video.

Dalam review Boleh Beli or Boleh Blah!?, penulis menyimpulkan game yang dibangunkan Bend Studio ini sebagai:

“Penceritaan yang terlalu perlahan di awal permainan serta open-world yang terasa kosong membuatkan game ini, bagi penulis, adalah game yang “flop” hasil terbitan Sony.”

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

HBO Memperlihatkan Sekilas Pandang Pertama Siri The Last of Us – Saksikan Pascal, Ramsey Sebagai Joel, Ellie

Apex Legends Mobile Lancarkan Hyperbeat Event Hari Ini Bersama Legend Crypto