in ,

Sony Dilaporkan Sedang Membangunkan PS4.5, Dengan Kemampuan Resolusi 4K

Nampaknya, waktu kitaran sesebuah generasi console akan berkurang sekiranya berita ini adalah sahih.

playstation-4

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Kotaku, Sony dikatakan sedang membangunkan versi PS4 yang baharu, di mana ia bakal menambah baik kuasa grafik dan keupayaan untuk memainkan game dalam resolusi 4K.

Menurut Kotaku lagi, mereka masih lagi tidak pasti sama ada pemilik PS4 kini boleh menaik taraf PS4 ke mereka ke versi PS4 yang baharu ini atau perlu membeli sebuah lagi console yang baharu, namun yang pasti Sony sudah mula memberi maklumat kepada developers.

Berdasarkan perbualan antara Kotaku dan beberapa developers yang telah dihubungi Sony, console yang baharu ini akan disertakan GPU yang mampu memainkan game beresolusi high-end 4K serta kuasa pemprosesan yang mampu menyokong game untuk Playstation VR kelak.

playstation-vr

Sama ada nama “PS4.5” adalah nama rasmi ataupun tidak, ia masih lagi menjadi tanda tanya.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, resolusi 4K adalah resolusi yang empat kali lebih tinggi daripada resolusi 1080p.

PS4 versi kini hanya mampu memainkan game pada resolusi maksimum 1080p – namun, boleh mengeluarkan output 4K untuk gambar dan video. Dengan GPU sehebat ini nanti, sekiranya benar, ia mampu memberi peluang kepada developers untuk mewujudkan grafik yang lebih mantap pada masa akan datang.

JomBaca: PlayStation VR: Lebih Murah Berbanding Oculus Rift dan HTC Vive!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sword Art Online: The Beginning: Video Battle Pertama Sudah Muncul!

“Senang Aje Nak Cross-Platform Dengan Xbox” – Sony