in , , ,

Sony Dilaporkan Sedang Buat Kaji Selidik Untuk Pemain Menukarkan Nama PSN

Kita AKHIRNYA akan mendapat fungsi yang sekian lama kita minta… iya ke?

Menurut laporan Push Square, satu emel telah dihantarkan kepada mereka oleh seseorang yang tidak dikenali. Kandungan emel tersebut menyatakan yang Sony kini sedang membuat kaji selidik tentang adakah pemain mahu untuk diberikan pilihan menukarkan nama PSN ID.

Kaji selidik itu dikatakan menanyakan sama ada “gamers tertarik dengan fungsi ini ataupun tidak”. Kemudian, Sony turut menyatakan yang mereka tidak pasti sama ada fungsi ini akan ditampilkan ataupun tidak, walau bagaimanapun, Sony menegaskan yang mereka mendengar pandangan para pemain.

Push Square turut mengesahkan bahawa emel tersebut adalah sahih daripada Sony.

Antara fungsi yang mungkin dibawakan, melalui apa yang ditanya dalam kaji selidik ini, adalah pemain dibenarkan untuk menukar nama PSN seberapa banyak yang dimahukan, tapi ia hanya boleh ditukar enam bulan sekali.

Apa pendapat korang? Adakah ia fungsi yang sangat diperlukan untuk pemain PlayStation buat masa ini? Atau korang seorang yang tak kisah pun pasal penukaran nama PSN ini? Watlek watpis watcool je?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Monster Hunter: World: Boleh Beli or Boleh Blah?

Menguatkan Lagi Khabar Angin Black Ops 4, Activision Sahkan Call Of Duty 2018 Dibangunkan Oleh Treyarch